Home Blog

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Awam (PSEE)

0

Anda Terpilih Untuk Menduduki Ujian Psikometrik Memasuki Pegawai Perkhidmatan Awam (PSEE) Pada Bulan Ini??

Tahniah! semua calon yang terpilih untuk ke Ujian Psikometrik SPA pada bulan ini. Calon-calon yang telah lulus dan melepasi tapisan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan dipanggil untuk ke ujian seterusnya iaitu ujian psikometrik dan seterusnya keperingkat temuduga.

Baik, saya perkenalkan diri dahulu ya. Saya Suhaili salah seorang dalam Tim Infokerjaya dan selaku admin kepada portal ujianspapsikometrik.com akan menerangkan kepada anda mengenai contoh soalan ujian psikometrik dan tips menjawab ujian ini kepada anda. Calon akan diuji dengan soalan-soalan yang berkait rapat dengan psikologi dan sahsiah diri. 

Sebelum itu saya menjemput anda untuk join channel KHAS telegram untuk dapatkan tips ujian psikometrik di bawah ini:

Join Channel Telegram

APA ITU UJIAN PSIKOMETRIK?

Ujian Psikometrik BUKANLAH seperti peperiksaan yang ada 2 atau 3 seksyen seperti sebelum ini iaitu Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris. Di dalam seksyen psikometrik cuma ada 1 seksyen sahaja iaitu berbentuk objektif dan biasanya mempunyai 2 atau lima atau 6 pilihan jawapan. Dengar namanya pun macam sedikit menggerunkan tetapi  adalah ia adalah seksyen penilaian yang paling menarik.

Anda tidak perlu berfikir panjang untuk soalan ini. Tips untuk anda ialah;

  1. Jawab dengan pantas
  2. Keluarkan nilai positif anda
  3. Sembunyikan nilai negatif anda
  4. Konsistensi

Format Ujian Psikometrik

  • Tempoh masa: 60 minit
  • Jumlah soalan: 199 soalan

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Soalan Nampak Mudah, Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Gagal??

Tujuan utama ujian psikometrik dilaksanakan adalah untuk menapis calon. Hanya mereka yang benar-benar berkelayakan dan berkualiti sahaja akan dipanggil ke peringkat temuduga.

Dari ribuan orang yang dipanggil, hanya sebahagian kecil sahaja yang LULUS dan berjaya ke peringkat seterusnya. Tak percaya, lihat statistik peperiksaan yang saya kumpulkan di bawah ini untuk anda.

  

“Numbers is not lie”, ramai yang gagalkan??

Sekarang dah nampakkan betapa susahnya nak masuk dalam sektor kerajaan ni. Hanya mereka yang ada semangat juang yang tinggi sahaja akan dapat. Persoalannya adakah anda terpilih untuk masuk di dalam statistik yang berwarna “HIJAU” ini ?? 

YA! jika anda ada kemahuan yang tinggi untuk mengasah skill anda menjawab exam. Nak buat apapun perlu ada ilmu. Walaupun kelihatan mudah, secara realitinya ramai calon yang telah menduduki ujian ini yang terkandas kerana antara mereka tidak melakukan apa-apa persediaan sebelum ujian dan mereka menghadapi masalah tak faham format soalan seterusnya terperangkap dengan soalan dan masa yang suntuk.

Sebenarnya soalan psikometrik ini telah dirangka sesuai dengan masa yang diambil. Tujuan masa diberikan adalah supaya calon tak sempat nak berfikir mengenai soalan dan lalu jawab ikut sifat keperibadian sendiri.

Tapi AWAS! nak lulus bukan semua sifat keperibadian kita harus ditonjolkan di dalam exam ya. Ada soalan yang bersifat umum harus dijawab dengan TEPAT.

Contoh Soalan, Jawapan & Apa Yang Dinilai Di Dalam Seksyen Psikometrik Ini

1. Saya berharap agar majikan memuji saya jika saya rajin bekerja.

A. Setuju B. Tidak setuju

Contoh Apa yang dinilai? Kestabilan emosi & sikap tanggungjawab. Tidak hanya depan majikan sahaja buat kerja, tapi di belakang mungkin curi tulang. Manusia normal memang sukakan pujian. 

2. Perubahan tingkah laku seseorang disebabkan oleh perkara tersirat yang saya dapat fahami.

A. Ya B. Tidak

Contoh Apa yang dinilai? Kestabilan emosi. Peristiwa lampau boleh menyebabkan seseorang itu mengalami trauma dalam hidupnya jika peristiwanya adalah dalam dunia gelap. Tapi sekiranya peristawa lampaunya adalah bahagia, berkisar kasih sayang orang itu akan menjadi individu yang lebih produktif. Untuk lupakan segala trauma hanya dengan memaafkan dan sentiasa memanjatkan kesyukuran. Terus sayangi diri sendiri.

Terdapat 9 nilai yang harus ada dalam soalan psikometrik. Setiap soalan ada sekurangnya satu nilai. Ciri-ciri pada nilai itu ialah:

  • Kepimpinan (Leadership)
  • Kebolehan bersosial
  • Komunikasi
  • Toleransi
  • Kerjasama
  • Kestabilan Emosi
  • Intergriti
  • Disiplin
  • Kejujuran

Berdasarkan nilai di atas ini, cuba anda mengenalpasti nilaian dari soalan 3-20 di bawah ini pula. 

3. Saya memerhati dan memahami kelakuan individu apabila saya tidak berpuas hati dengan kerja seseorang.

A. Ya B. Tidak

4. Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka.

A. Ya B. Tidak

5. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.

A.Setuju B. Tidak setuju

6. Saya perlu bersikap positif apabila berhadapan dengan tugasan yang berisiko dan mencabar.

A.Setuju B. Tidak setuju

7. Saya akan memberi teguran kepada sesiapa sahaja jika dalam keadaan tertekan.

A. Setuju B. Tidak setuju

8. Kesemuanya akan gagal apabila saya cuba membuat sesuatu.

A.Ya B. Tidak

9. Pemalu adalah sifat saya.

A. Ya B. Tidak

10. Apabila mendapat arahan dan nasihat dari ketua kumpulan saya, ia membuatkan saya rasa tidak selesa.

A.Ya B. Tidak

11. Saya cuba mengundur diri jika prestasi kerja saya ditegur.

A.Setuju B. Tidak setuju

12. Buku psikologi boleh digunakan sebagai rujukan untuk mengawal orang.

A. Setuju B. Tidak setuju

13. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga

A. Setuju      B.Tidaksetuju C. Tidak Pasti

14. Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya

A. Ya              B. Tidak          C. Tidak Pasti

15. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada sayakerana ianya kesukaan saya.

A. Ya             B.Tidak            C. Tidak Pasti

16. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha.

A.Ya        B. Tidak              C. Tidak Pasti

17. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu.

A. Setuju   B. Tidak setuju   C. Tidak Pasti

18. Apabila seseorang memotong barisan tidak mengikuti giliran, saya menegurnya.

A. Sangat kerap   B. Kerap   C. Tidak pasti   D. Kadang-kadang

19. Pepatah Air yang dicincang tidak akan putus telah ketingalan zaman

A. Sangat setuju   B. Setuju   C. Tidak pasti   D. Tidak Setuju   E. Sangat Tidak Setuju

20. Sepatutnya pekerja dibayar gaji atas nilai dari kerja yang dilakukannya sahaja bukan mematuhi jumlah masa yang optima.

A. Sangat setuju B. Setuju C. Tidak pasti D. Tidak Setuju  E. Sangat Tidak Setuju

15 Soalan Kuiz Psikometrik Simulasi Persediaan Ujian Psikometrik, Klik Sini.

80% Persiapan Awal Dapat Menyelamatkan Calon

Untuk ujian yang bakal berlangsung ini, calon sudah boleh mula mempersiapkan diri mencari contoh soalan ujian online psikometrik yang lepas dan juga nota yang berkaitan. Sekiranya calon tidak tahu nak study apa, calon jangan risau sebab saya Suhaili dari Tim Infokerjaya akan berusaha membantu anda supaya memahami konsep, format dan contoh soalan ujian psikometrik yang akan membantu anda agar anda faham dan hadir ujian psikometrik nanti dengan yakin untuk berjaya!

Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometrik

Untuk menjawab soalan ini anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda. Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.

Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon‐calon yang berpendirian seperti lalang.

Biar kita ambil contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’

  1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
  2. Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
  3. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
  4. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
  5. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif’ dalam diri dan ….…………………………… (tips penuh kami huraikan dalam rujukan lengkap psikometrik)

Cara Menjawab yang Bakal MEMBUNUH Anda!

JANGAN IKUT CARA INI!

Ramai yang kata yang penting habiskan semua soalan, jangan tinggal satu pun.

Kami setuju dengan pernyataan tersebut, tetapi ramai yang salah erti yang membawa kepada kesimpulan ini;

“Jawab semua soalan, tak cukup masa HENTAM saja, jangan tinggal satu pun!”

Bahagian ‘jangan tinggal satu pun’ itu betul TETAPI jangan hentam/tembak. Memang ianya akan membunuh anda. Kenapa? Dalam helaian sebelum ini tip yang paling penting adalah KONSISTEN dan kami berikan anda 5 soalan yang jawapannya sama. Cuba bayangkan begini situasinya; ……………………………….. (tips penuh kami huraikan dalam rujukan lengkap psikometrik)

NAK LAGI CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK? SILA SUBSCRIBE EMEL KAMI UNTUK DOWNLOAD PREVIEW COPY PERCUMA & DAPATKAN LEBIH TIPS UJIAN PSIKOMETRIK DI BAWAH INI!

 
Apa kata calon yang pernah kami bantu??

Anda boleh lihat testimoni di bawah ini. Mereka ini ialah calon musim lepas. Ramai antara maklumbalas yang kami terima mereka LULUS berbekalkan bantuan Pakej Rujukan Lengkap Ujian Psikometrik dari Tim Infokerjaya. Alhamdulillah. Kami gembira dapat membantu mereka, kini mungkin giliran anda pula.

Anda mahukan Tips Ujian Psikometrik lagi?? Sila subscribe emel kami di bawah ini:

Join Channel Telegram